FOLLOW
XOXO

ALLAHU RABBI... ALLAH ❤
Kisah Ahmad Ammar jadi teladan ✈
23 November 2013 with 8 angel
بسم الله الرحمن الرحیم
Assalamualaikum

Kisah Ahmad Ammar kini jadi perbualan hangat. Kalau korang tengok video ini (YOUTUBE) tentang kisah hidup Ahmad Ammar, mesti korang sebak, rasa nak menangis. Siapa sangka, Ahmad Ammar yang berusia muda telah mati syahid di Turki dan dikebumikan di negara Turki. 


Ahmad Ammar bin Ahmad Azam , berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun 2 dalam bidang sejarah di Marmara University (Istanbul). Beliau kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 baru-baru ini akibat kemalangan jalan raya. 

AHMAD AMMAR DIMULIAKAN DI TURKI

Ahmad Ammar seorang yang suka menggembara untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira agama dan bangsa. Beliau juga menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan. Ahmad Ammar bercita-cita untuk mati syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. 


Ya Allah semoga saudara Ahmad Ammar ditempatkan di tempat orang-orang beriman.
Amin. 

#Wassalam
BY A J A M A Z L A N


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.


PAST | PRESENT