FOLLOW
XOXO

ALLAHU RABBI... ALLAH ❤
Share Bersama
3 March 2013 with 0 angel
Assalamualaikum

Ahh. Lamanya aku tak post kan kan kan. Hidup kembali bosan tanpa si dia di sini. sob sob sedih pulak dowh. ayoyo keep smilling even he not with you guys. 

Beberapa hari yang lepas, aku wakilkan kelas aku 4 Al-Nawawi untuk pertandingan mendeklamasikan sajak sempena minggu Bahasa Melayu 2013 ni. Aku masuk pun bukan kerelaan aku. Budak kelas aku yang paksa. Katanya "alah Aja. Masuk je lah. Kau kan BECOK. Kalau kau tak nak masuk sajak, aku masukkan nama kau untuk pertandingan Pidato!" pehh. Dorang sungguh kejam, jahat, giler. So terpaksalah aku masuk. Hari Isnin Ush panggil nak dengar aku sajak. ayoyo dengan takde prepare apa-apa. Aku pergi depan, tangan lutut kaki semua menggigil habis. Berdiri 3 minit, tanpa kata apa-apa. Si Ikhwan, Musa, Lukman, Dholi, Aqil, E-din dan sekutu pailang dorang bising. "Cepat lah becok ! Cakap je lah, kalau biasa kau bukan main BECOK habis. Cepatlahhh" . Mereke giler. Apa dorang tau ha, aku yang nak bersajak bukan dorang, suka hati aku lah. 


Fine, esoknya aku pergilah pertandingan tu. Undian yang keenam. Ahh akhirnya aku naik kat atas pentas. Dengan keyakinan yang ada aku kata "Assalamualaikum. Saya Fatimah Az-Zaharah bt Mazlan mewakili kelas 4 Al-Nawawi bla bla bla..." habis ! nasib baik semua pelajar time tu diam, tak bising. Okay, let bygones be bygones. 

Another info , kelas aku sungguh bosan ! sebab apa? Sebab pelajar kat kelas aku tuh tak nak bercakap. oh sakit betul hati aku time belajar. Tiada respon, hanya belajar bertemankan muka straight, bunyi kipas yang sakitkan telinga dan suara guru mengajar TANPA gelak tawa seperti kelas-kelas aku tahun lepas. Kelas yang sporting. sob sob, sedih laaa. Lukman dengan tak malunya berkata dengan seloroh "Aja, kau buat bising weyh. Kelas ni senyap la". Hahaha sudah diberi peluang memekak, so pekakkan lah telinga korang untuk dengar suara setiap masa, setiap saat dan setiap hari. 

Erm, okay lah. Out dulu. Esok ada Ujian Formatif 1, korang doakan lah supaya Allah permudahkan aku menjawab soalan esok. 


P/s : apa yang perlu kta buat kalau kita sudah sakitkan hati orang yang kita sayang? Hummm rasa bersalah menyelubungi diri. Harap sangat si dia faham :') *smile

Thanks Ejulz, for your souvenir. Thanks A Lot




Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.


PAST | PRESENT