FOLLOW
XOXO

ALLAHU RABBI... ALLAH ❤
Rest On December 2012
18 December 2012 with 1 angel
Assalamualaikum

Lama sudah aku tak post pasal aku. yelah, asyik-2 post pasal giveaway segmen dan contest je kan. hahahhahaha dah aktif katakan aku nih =.=

7 hingga 9 disember lepas aku mengikut Kem Jati Diri Jiran Muda anjuran Taman Bukit Bujang, Ampang Pecah dan Belia Bukit Jawa dengan kerjasama Awana Genting Highlands, Kelab Rekreasi dan Perlancongan Hulu Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor di Longhouse Awana Genting Highlands.
suasana LongHouse Awana Genting Highlands pada 
waktu malam

Seriously, kem ni best sangat. Aku ingatkan kem ni lasak kena teroka hutan mcm jungle trekking etc tapi tak pun sebenarnya. Hari pertama 7 Disember 2012 (Jumaat). Kami bergerak dari Taman Bukit Bujang dan Ampang Pecah ke Long House Awana Genting Highlands pada jam 4.00 petang. Buat pertama kali jumpa orang yang tak kenal memang janggal. Nasib baik ada Syiro, Ieymah dan Kak Izwa. Dorang lah kawan aku. permandangan kat sana cantik sangat, sejuk pulak itu. mula-2 aktiviti of course la 'Ice Breaking' ramai jugak lah yang aku kenal. kemudian, masa untuk agihkan kumpulan. Aku grup 3, Syiro grup 6, Ieymah grup 1 dan Kak Izwa grup 2. Aktiviti grup pertama kena buat baju untuk model. masa pemilihan kat grup aku dorang pilih Ajib sebab dia kecik. tapi dia kata "pilih la dia. dia kecik" *tunjuk arah aku* Aku kata la "eh, tak nak aku!"

Malamnya ceramah dari Encik Dorayy tentang Birdwatching. peh bosan ! aku tersengguk-sengguk macam ayam berjalan mengantuk punya pasal huhuhu nasib baik orang tak perasan kalau tak buat malu je. malam tu giler sejuk menggeletar aku buatnya. Ada budak grup aku ni, tak habis-2 himpit kat aku. Buat aku bengang je.Dah la duduk kat atas kaki aku,bila aku tegur buat muka selamber badak dia. LOL

Esok pagi 8 Disember 2012 (Sabtu). kita orang kena denda push up 20 kali. puihhhbukan 20 kali pun tapi 100 kali disebabkan adalah hamba Allah tu memeka, mengejek kawan sampai kitaorang kena denda. lol. lepas itu, kitaorang dibahagikan mengikut kumpulan, satu kumpulan 3 orang. aktivitinya BIRDWATCHING. firstly bosan. mana taknya tengok pokok cari burung je. tapi sebenarnya best.. 10 jenis burung aku jumpa antaranya orange hornbill dan bla bla. apa entah namanya susah nak eja.


time aku sembelih burung

Next day petangnya ada slot OBTACLES wah wah macam Let's Go Dream Team pulak kan. Cabaran dia tak susah sangat tapi aku lah yang merana. Air dalam giler, bagi dorang paras peha je aku ni sampai paras perut TT___TT

baju warna hijau kat air tu aku ea. hahahaha

help me.. kaki termasuk kat lumpur Y_Y

ni merajuk punya hal tak nak turun bawah

denda berguling sebanyak 20 kali kat padang *lol*

Slot muhasabah diri sob sob sedihnya. air mata aku macam air poancut, mengalir je. then kitaorang kena buat surat wasiat untuk diberikan kat parents kitaorang if something bad happen. 


tudung oren belang hijau kat tepi pintu tu aku hahahaha

Dah menangis-2, artis pulak datang huhu. nak kata artis tak lah sebab diaorang peserta dari VOKAL je. Adli dan Abang menyanyi beberapa lagu. Happy dah =))


*baju hitam tu* leader grup aku, kala jengking. bersemangat 
betul dia. aku kat belakang tu nampak tak? hehehe

Hari terakhir. sob sob sedih kena tinggalkan kawan, perjumpaan terakhir kami di Awana Genting Highlands. Omo sayangnya nak berpisah. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi ye ^.~

sweet photo with my friend , Syiro at Strawberry Park

Done, itu saja yang aku nak kongsikan. 


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.


PAST | PRESENT