FOLLOW
XOXO

ALLAHU RABBI... ALLAH ❤
All Those Crazy Things We Did
23 February 2012 with 0 angel

Korang mesti baca au ! Confirm gelak.

Seriously aku tak tau nak post ape tapi tadi aku teringat memori kelakar aku time drama Rumpelstilskin (rehersal) last year dengan grup aku yang terdiri daripada Adel,Neddy,Aizzat,Afiq and Kirin. Benda ni berlaku sepanjang kami rehersal, 3minggu sebelum kami present. Aku sebagai mak Lisa, Afiq as father, Adel as Lisa (main actor), Kirin as Rumpelstilskin and Neddy as narrator. Dalam drama ni, mak dan ayah Lisa (aku dan Afiq) wataknya yang silly and foolishness. Kalau nak tau lagi tengok kat buku poem form1 to 3 yang bertajuk ’Rumpelstilskin’.

Aku memang tak kamceng langsung la dengan si Afiq ni, dengan perangainya yang menyakitkan hati. Bila aku cakap sikit, dia bantah. Rasa nak melayang je tangan aku kat pipi dia tapi takut makin cengkung pulak pipi yang cengkung ue. Hehe :D
Ok ceritanya bermula kat sini. Yang atas itu hanya intro saja.
Scene1: tengah asyik berbincang pasal drama, aku marah Afiq sebab dia tak bersemangat langsung nak berlakon. Entah mana agaknya dia angau! Dia pun bagi alasan. ”aku ceraikan kau talak 1!” ayat itu keluar dari mulut dia.
Scene2: dia datang lambat tima rehersal. Aku geram giler dah la datang lambat pastu dengan tak semangat nya. ”aku ceraikan kau talak 2!” aku pulak yang ceraikan dia.
Yang si Adel,Neddy,Aizzat gelak je tengok kiteorang bergaduh. Sampaikan dorang panggil kiteorang ’gila talak’. Mana tak nya, bukan setakat talak 3 tapi sampai talak 10 aku dengan Afiq cakap.

Aku tak dapat datang esoknya sebab aku demam. Malam tu, Adel text aku dia kata yang aku dengan afiq tak datang pagi tadi.

-Next day- (so funny sampai aku nak pecah perut nak menaip ni)
AIZZAT  : korang buat apa ha semalam? Hahaha pergi honeymoon ke? (tanya kat aku dengan Afiq)
ADEL      : tak lah, mak dengan ayah semalam pergi mahkamah. Yela dah talak sampai 10 kenalah pergi mahkamah la. (Aizzat,Neddy and Kirin setuju je cakap si Adel ue)
AKU       : a’ah! (bengang) pergi mahkamah semalam. Ayah kau yang kalah, padan muka ayah kau..! (dorang gelak)
AFIQ       : asal aku pulak? Mak kau yang kalah.
AKU        : kiteorang kan dah cerai so nak tentukan kau ni ikut sape? Ha, kau nak ikut sape? (tanya kat Adel)
ADEL       : (gelak sampai tak boleh cakap -_-)
AKU        : kalau kau nak jadi bodoh, ikut ayah kau. Ayah kau kan foolishness. Kalau nak pandai ikut mak. (LOL!)
AFIQ       : mak kau pun foolishness.

Kami bertengkar sampai la start rehersal. Beberapa minit kemudian..... aku bergaduh lagi dengan Afiq
Afiq     : aku ceraikan kau talak 11 !
Aku     : aku cerai kau talak 12!
Afiq     : talak 13 !
Adel, Neddy   : aik,semalam dah selesai kat court. Sambung balik kat sini????
Aizzat  : baik tak payah pergi mahkamah.

** Secara keseluruhannya, perkataan ’talak’tak kan berhenti dari mulut aku dengan afiq. Perkara ni berterusan berlaku sampai drama siap dijalankan. Lepas drama habis, cerita ini tutup dan dianggap sudah dilupakan. LOL ! **


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.


PAST | PRESENT