FOLLOW
XOXO

ALLAHU RABBI... ALLAH ❤
PASAK 1
12 February 2012 with 0 angel
Aku nak cerita tentang program PASAK (program aku saying aku kasih) khas untuk from3 sebagai persediaan menduduki PMR. Tahun ni sekolah aku buat awal sikit. Diadakan selama 2 hari 1 malam yang bertempat di Dewan Abu Hurairoh kat sekolah aku. Pelajar luar boleh balik, tak payah tidur di asrama pun termasuklah aku,Neddy,Syaz,Erma dan pelajar lain.

Ada 3 slot. Slot pertama 11/2/12 pagi hingga petang, slot 2 11/2/12 malam dan slot 3 12/2/12 pagi. Aku tak nak cerita pasal slot 1 dan 3 sebab boring untuk korang baca. So aku cerita la pasal slot 3 time malam tu. Walaupun aku tau, konfem kat sekolah korang pun ada buat macam ni jadi semua orang ada pengalaman macam ni tapi aku saje nak ingat balik.

8.00 malam (11/2/2012)

Semua pelajar berkumpul di Dewan Abu Hurairoh untuk aktiviti seterusnya yang dipanggil Muhasabbah Diri. Semua pelajar beratur dengan jaraknya yang jauh dan tidak bersentuh sesama pelajar lain. Lelaki menghadap ke kiri manakala perempuan menghadap ke kanan. Setipa pelajar diberikan kain hitam dan diikat pada mata supaya tidak nampak apa-apa. Ustazah Marzila (guru penyelaras PASAK) mnita :
-          tangan diletakkan di dada
-          baca selawat ke atas Nabi junjungan kita dengan kuat
-          menghayati apa erti selawat itu
ustazah teresak-esak ketika menterjemahkan selawat itu, begitu juga pelajar yang lain.

Ustazah tanya beberpa soalan kepada semua pelajar

1-      ’saya nak antum jujur pada diri antum, siapa diantara antum yang solatnya tidak cukup 5 waktu? Jika da, sila langkah satu tapak ke belakang.’ Ustazah ulang ayat itu beberapa kali, aku dengan keputusan aku. ’Masya-Allah, masih ada antara antum! Ya Allah, ampunilah dosa kami. Kami tidak melaksanakan perintahmu sepenuhnya. Kami masih sombong untuk berinbadat padamu Ya Allah!’ jelas aku dengar ustazah menangis.
2-      ’Siapa yang setiap hari antum mengaju? Sila langkah satu tapak ke hadapan’. Aku .............. ’mengapa antum susah untuk mengaji setiap hari? Ingat lah, sekiranya sehari kita tidak mengajiitu bermakna 7 hari kita tidak mengaji kepada Allah.
3-      ’siapa setiap kali antum jumpa ibu bapa, mesti ibu bapa antum akan marah pada antum? Sila angkat tangan, kanan positif dan kiri negatif.’ Aku pasti semua pelajar angkat tangan kanan walaupun kau tak nmapak apa-apa. ’tolong lah anak2 ku.angkat tangan kiri jangan kanan....’ kedengaran suara ustazah teresak-esak.

Banyak soalan yang ustazah tanya semuanya hanyalah untuk memuhasabbah diri kami semua.

Ada satu cerita yang ustazah kongsikan dengan kami, aku nak cerita kat korang. Cerita dia memang manyayat hati.

Ustazah ada anak buah (lelaki) yang kehilangan ibunya ketika 2 minggu lagi untuk PMR. Konon namanya ialah Amirul. Ibunya merupakan guru Bahasa Arab dan membimbing Amirul belajar B.Arab. Bila ustazah tanya perasaan dia bila kehilangan ibunya, Amirul hanya menangis dan menangis. Berkali-kali ustazah tanya, Amirul pasti menangis. Suatu hari, adik Amirul, Adah tanya pada ustazah. ”Mak Teh,knp Allah ambil ibu Adah dulu?” sambil menangis. Di sekolah dia tanya kawan dia ’ kenapa Allah ambil ibu aku dulu?’ kawan Adah jawab ’Sa’adah, awak patut bersyukur kerana awak tahu ibu awak meninggalkan awak. Awak dapat tengok dan cium ibu awak. Tapi saya.... saya tak pernah tengok ibu bapa saya sejak saya kecil lagi. Saya tidak tahu dimana ibu bapa saya. Saya dibesarkan di rumah anak yatim.

Semua pelajar menangis, kecantikan dan kecomelan dilupakan.
Hanya ni yang aku dapat share-kan dengan korang. Aku bukan seorang perempuan yang baik, aku hanya ingin berkongsi dengan korang dan aku sedar aku banyak melakukan dosa. 


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.


PAST | PRESENT