FOLLOW
XOXO

ALLAHU RABBI... ALLAH ❤
Uhibbuki lillahi taala ✈
5 July 2013 with 0 angel
Assalamualaikum


Sahabat ? Kawan ? Teman ? Rakan ? semuanya ada maksud yang berbeza. Sahabat adalah seseorang yang sentiasa menemani sahabatnya ketika susah dan senang. Bersahabat dengan ida bukan kerana harta, bukan kerana rupa, bukan kerana status tapi kita ikhlas bersahabat dengan si dia.

Aku pasti semua ada sahabat, biarpun hanya seorang sahabat. Sahabat saling memerlukan antara satu sama lain, jangan ingat kahwin je yang memerlukan sesama sendiri. Sahabat juga merupakan seseorang yang menegur sahabatnya jika melakukan kesilapan. Korang sayang sahabat korang kan? So, tegur lah dia. Manusia tidak akan boleh hidup keseorangan. Kita memerlukan seseorang yang perlu membimbing dan menegur kita. Manusia sangat lemah apabila dia berseorangan. Lemah apabila syaitan laknatullah mula menghasut kita melakukan perkara-2 tak elok. So, secara fitrahnya kita memang memerlukan SAHABAT :D .

Cuba korang peluk kawan korang. Katalah "UHIBBUKI LILLAHI TAALA" ( Saya Sayang Kamu, Sahabat Kerana Allah Taala ) , walaupun itu hanya perkataan yang simple, tai percayalah perkataan itu mempunyai maksud yang mendalam kepada kita dan sahabat. Try lah ;)

Aku ada ramai kawan, tapi diantara mereka ada beberapa sahabat aku. Namanya Nadia bt Abdul Ghani, Fatin Syahirah bt Samsuri,  Muhammad Luqman bin Rasimi dan 
Adli Syahmi bin Abdul Ghani . Uhibbuki Lillahi Taala, aku sayang korang kerana Allah. Setiap hari aku berdoa, inginkan seorang kawan yang sentiasa teman aku walaupun susah senang. Menegur aku jika ada salah. Akhirnya Allah makbulkan doa aku. Allah pertemukan aku dengan mereka bertiga. Ya Allah, Kau kekalkan persahabatan diantara kami. Semoga persahabata kami diredai olehMu. Jadikan lah kami saling beringat, saling membantu dan sentiasa mengingatiMu. Amin . Ukhuwah Fillah. Uhibbuki Lillahi Taala

Doa Robithoh  

Ya Allah, engkau mengetahui hati-hati ini
Telah berkumpul kerana kasihkan-Mu
Bertemu dan patuh pada-Mu
Bersatu memikul dakwah-Mu
Hati-hati ini telah berjanji setia
Mendaulat dan mendokong syariat-Mu
Maka eratkanlah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan hati ini
Tunjukkan ia jalan yang sebenar
Limpahkan dengan cahaya rabbani-Mu
Yang tak pernah padam
Dan lapangkan dengan iman 
Sahabat setia bagai pewangi yang mengharumkan
Sahabat setia menjadi pendorong impian
Sahabat berhati mulia membantu kita ke jalan Allah

Uhibbuki Lillahi Taala, Nadia , Syahirah , Adli Syahmi, Luqman Rasimi. Ukhuwah Fillah


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.


PAST | PRESENT