FOLLOW
XOXO

ALLAHU RABBI... ALLAH ❤
Kursus Menembak PDRM
1 April 2012 with 2 angel
Assalamualaikum
*gambar semata-mata* 

Aku, Adli, Faiz, Aizzat, Pa’an, Luqman, Kak Najihah, Kak Farah, Syima Cuna sebagai ahli Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghadiri kursus menembak di Lapang Sasar, KKB Selangor pada Isnin hari tu (26/3) tepat dengan birthday aku.

Dalam pukul 3.15 petang kami sampai. Fuh, nasib baik tak kena denda sebab lambat! Kami dengar taklimat tentang menembak sambil tunggu hujan reda. Kami menembak menggunakan senapang M-16 dengan peluru hidup yang boleh membawa kematian dll kalau salah tembak. Abang Adli (petugas) buat demo menembak.

Pehhh, takut aku tengok. Setiap das tembakan dia lepaskan, aku menangis rasa nak gugur jantung ni. Bunyi tembakan tu buat telinga jadi pekak, berdesing telinga aku. Sampai sekarang telinga aku bengkak. Ada 6 sekolah time ni, sekolah pertama dan ke2 buat tembakan dulu. So sekolah ke5(sekolah gedangsa) and ke6 (sekolah aku) kena pergi tempat sasaran menembak tu. Kami kena lekatkan gambar sasaran tembakan di papan yang dorang kena tembak nanti dan kena tunjuk kesan tembakan dorang if terkena kat gambar tu (pic jepun kot =,=”) kami ada kat bawah bukan dekat atas er. Ada 10 tempat, firstly aku nak pergi dekat Aizzat tapi kak Najiha suruh aku pergi tolong dorang yang lain. Aku pergi kat Pa’an dan Luqman, Syima bukan nak teman. Bangang la Luqman ! dia tolak kotak kat bawah kerusi nak cari lipas untuk baling kat aku last2 katak yang ada. Dah la warna hitam, yek! Dia buat macam itu sebab dia marah aku asyik pok pek2 je. Tembakan dan bermula, aku kat bawah tu tengok la kot-kot tembakan dorang kena dekat sasaran. Si budak lelaki asyik memperlekehkan aku je :

Pa’an : Aja, tangan kau dah la pendek macam mana kau nak pegang senapang itu nanti. Sampai ke?"  
Luqman : Boleh tak kau tolong aku tampal benda ni?
Dengan selamba badak aku jawab : kaki kau pendek kan? Tapi kaki aku lagi pendek. So, agak-agak kau aku sampai ke tak !?. zzang! Kena kau.
Faiz : Bila takut, jerit pastu lari.. lari kat aku je..." buwekk nak muntah aku dengar.
Nasib baik si Adli dan Aizzat tak. Tapi si Adli sorang ni, asyik terkinja-kinja tak tentu pasal. Dah la soalan yang dia tanya aku objektif yang sama.

Tibalah turn kami menembak. Target 1 – Adli, 2 – Faiz, 3 – Pa’an, 4 – Luqman, 5 – Aizzat, 6 - Kak Fara, 7 – Kak Najiha, 8 – Syima dan aku last sekali. So aku kena tembak sasaran yang ke 9. kalau tepat kena di kotak center 5 markah.

Arahan diberi. Dia suruh menembak dalam keadaan meniarap (10 das sahaja)

Aku pun meniarap, angkat senapang tapi tak terdaya. Untung pakcik polis tolong angkatkan. Aku pandang la kawan aku semua dah siap dengan lengkap pakai penutup telinga lagi. Aku je belum sedia. Aku pakai penutup telinga (takut telinga aku pekong). pakcik tu cakap, kalau nak lebih selesa jangan pakai. Tapi aku tetap nak pakai juga.TEMBAK !!! tum tum tum !!! dorang semua dah mula tembak cuma aku terkial-kial. Mana taknya, dah la senapang tu berat. Seriously, aku menangis pegang benda tu. Giler berat. Betul kata Pa’aan. Berkali-kali aku nak tembak tapi tak jadi sebab senapang tu senget. So, pakcik tu pegangkan sekali. Aku tengok front and back side, TUM ! aku tembak buat kali pertamanya dalam sejarah hidup aku. Memang seram giler, rasa macam aku nak tembak orang. Segala K-POP, Woohyun, Dongho aku tak fikirkan langsung time tu.Dah selesai lepaskan 10 tembakan, aku bangun dari meniarap.

Arahan ke2 : tembakan 10 das tembakan dalam keadaan duduk (10 das) 

Aku try angkat senapang sorang diri. TAKLARATBANGANG!!! Pakcik tu tolong masukkan peluru. Aku try tengok front and back side tapi x nampak. Aku terus cabut penutup telinga baru nampak. Aku bagi segala kekuatan aku nak angkat senapang tu tanpa bantuan pakcik polis. Semua guru kat sana pergi kat aku. “Buat betul2 kak, walaupun awak kecil. Ganti balik tembakan yang tadi.“ guru dari sekolah apa entah cakap dekat aku. TEMBAK !!! aku tengok betul sasaran tu, TUM !!!aku berjaya tembak. Peluru ke 7 atau 8 aku dah nak pasrah, relakan tak dapat markah sebab tangan aku nak patah, lenguh gila! Tapi aku relakan gak tembak. Selepas selesai menembak, kami kawad untuk penutup majlis dan ikrar. markah aku? teruk, kurang 20 daripada 60 lebih. Tak apalah aku tak kisah, sekurang2nya ada pengalaman. aku nak join lagi.
Ops, lupa pulak Andy pun pergi menembak untuk PKBM Laut la. Adel and Abit tak sebab Adel TKRS dan Abit PBSM.


Layout by chocolettha. Post title from owlala. Colors & Image neapolitan ice cream & 1950's Argyle.


PAST | PRESENT