Mantiq (INTRO) ✈
السلام عليكم
كل انسان حيوان
كل حيوان حساس
نتيجه : كل انسان حساس *
Alhamdulillah, hari ni nak kongsi ilmu Mantiq. Act, aku baru belajar untuk sem 2 ni, kebetulan semalam final exam untuk mantiq. so saja lah aku nak share ilmu mantiq yang aku dapat, untuk tak nak bagi aku lupa.
Mantiq (منطق) adalah ditambah Mim "م" dari perkataan نطق. bermaksud memahami makna secara keseluruhannya atau tempat di dalam diri manusia untuk memahami iaitu jiwa dan akal. jadi secara ringkasnya mantiq adalah kata-kata. Mantiq adalah ilmu kalam dan sama darjatnya dengan ilmu Islamiyyah yang lain. selain itu, mantiq membantu untuk membuat hujah akal dan menolak hujah-hujah kebatilan dan ajaran sesat.
Pengasas ilmu mantiq adalah falsafah Yunani
Aristho dikenali sebagai Arsatotolis
أرسطاطاليس. Beliau orang pertama yang tulis tentang ilmu mantiq. Jadi Ulama' Islam berbeza pendapat dalam meletakkan hukum dalam mempelajari ilmu mantiq.
menurut Imam Nawawi dan Ibnu Salih bahawa haram menuntut ilmu mantiq kerana ianya berasal dari falsafah.
menurut Imam al-Ghazali pula, menuntut ilmu mantiq adalah wajib dan fardhu kifayah.
dan jumhur ulama' (kebanyakan ulama') berpendapat harus mempelajarinya, pendapat ini lebih diterima kerana mempelajri mantiq dapat memberikan individu itu memahami dan mendalami Al-Quran dan hadis-hadis Nabi, serta membantu individu berfikiran dengan sebetulnya menggunakan aqal.
Manfaat seseorang itu belajar mantiq adalah
dapat detect kata-kata yang salah yang dilontarkan, dan
melatih diri sentiasa menjaga akal daripada berfikiran salah. Mantiq adalah ilmu yang mengajar
seseorang itu cara berfikir dengan betul.
Maudu' dalam Ilmu mantiq ada dua iaitu Tasruwiyyat (
تصورية) dan Tasdiqiyyat (
تصدقية) . Tasruwiyyat adalah berkaitan dengan lafaz kulliyah (am) dan juz'iyyah (khusus). Manakala tasdiqiyyah berkaitan bagaimana nak kesan kebenaran dan kepalsuan sesuatu ayat selain mempelajari membuat natijah yang betul berdasarkan muqadimmatain yang diberikan.
Wallahu a'lam. in syaa Allah akan aku buat sambungan ilmu mantiq untuk bab tasruwiyyat dan tasdiqiyyah pula. Jumpa lagi. Salam.
Layout by
chocolettha.
Post title from
owlala.
Colors & Image
neapolitan ice cream &
1950's Argyle.
Pencarian Top 5 Blogger 2016
Assalamualaikum
*tekan banner untuk join
Nama panggilan dalam blog : FAZ
Tempoh pengalaman berblogging : since 2011 (form 2)
Layout by
chocolettha.
Post title from
owlala.
Colors & Image
neapolitan ice cream &
1950's Argyle.